Sunday, January 4, 2009

MUZIK DALAM ISLAM..aku perlukan pendapat kamu semua.


Salam...

Hari ni aku lebih menghabiskan masa aku dengan bermain gitar, membuat penyusunan lagu hasil daripada idea dan garapan penulisan yang lahir secara semulajadi dari otak aku ini. Aku amat meminati muzik blues yang dibawa oleh seorang artis US 'John Mayer' kerana bagi aku die sungguh benar dan jujur ikhlas dalam semua lagu yang dihasilkan dan disampaikan olehnye. Aku menjadikan die sebagai 'benchmark' untuk aku cube untuk menulis lagu...

Aku bukanlah seorang pemuzik pro ataupun artis berlabel, tapi cukuplah untuk aku berpuas hati sendiri dan menjadikan ianye sebagai tema keceriaan dalam hidup aku ini. Walaupun hobi aku yang satu ini boleh dikatekan, banyak jugak la duit aku habis, tapi 'self satisfaction' dlm diri aku tak bole aku nak describe dalam bentuk kata..

Aku mmg TAK SETUJU dengan bapak aku apabila die mengatakan bahawa muzik itu HARAM,
bagi die, muzik ini semuanye menuju ke arah kehancuran..
Aku pernah membace satu artikel yang berkata " Sedang Rasulullah S.A.W berjalan dengan isterinya Siti Aisyah, tibalah mereka di suatu tempat yang ramai manusia di situ, menyanyi dan bergendang dengan gembira, Lalu Siti Aisyah berkata dengan Rasulullah S.A.W bahawa die tidak nampak akan kumpulan manusia tersebut bergembira dengan muzik yang dibawa, Lalu Rasulullah S.A.W mengangkat Siti Aisyah dan meletakkan dia di bahu Rasulullah S.A.W"

Aku mmg tak dapat nak menilai kesahihan artikel tersebut, tetapi apa yang aku faham, penulis cuba mahu menyampaikan bahawa muzik adalah dibenarkan dalam Islam, cuma jgn MELAMPAU sehingga mengundang kemungkaran tuhan. Aku akan cuba mengawal 'passion' aku dalam Muzik. Aku juga mempunyai sebuah band rock metal yang agak keras lirikalnye dan vokal yang disampaikan cukup untuk membuat persepsi yang buruk terhadap aku dan band aku, NAMUN ape yang benar adalah kami hanye bermain muzik semate2, tidak menyentuh mane2 aspek yang boleh mengundang kepada kemungkaran..dan aku rase ianye tak salah,asalkan tidaklah terlalu taksub dan lupa agama yang dicintai..

Aku memerlukan pendapat bloggers dan sama2 kita berkongsi idea dan pendangan,
Kalau ade yang salah tolong tegur...aku sedia,

3 comments:

  1. salam kembali azzubaidi,



    saya rasa cara itu harus diperbetulkan dan mentaliti bagi mereka-mereka yang mencintai muzik. everyone loves music, don't we? tapi biar dengan CARA yang betul supaya kita sentiasa berada dilandasanNya.



    muzik ada baik dan buruk. ada jenis muzik yang menenangkan jiwa tapi tiada nyanyian. cuma instrumental. tetapi ada juga jenis muzik yang betul-betul boleh buat kita sesat. jgn nak headbang sgt, baca lirik dah cukup untuk buat golongan yang tak seberapa kuat pegangannya sesat. dan dalam sesetengah kelompok juga ada yang dengar nasyid sampai lalai juga. (hingga mengabaikan tugas harian) itu juga sudah salah.



    mmg tak salah layan muzik. TETAPI jangan kita lalai hingga memudaratkan diri, khayal dan terlalu obses dengan muzik, di situlah syaitan akan cari peluangnya utk menggoda iman kita hingga kita lupa solat dan sebagainya.




    that's why everything has it's limitation.
    all praise to Allah.

    ReplyDelete
  2. tak salah aku rasa bermuzik...asal kenal pagarnya...

    ReplyDelete
  3. FEEDBACK to:

    Aleya-Emm.. mmg bernas pendapatmu tentang muzik,syaitan memang ade kat mane2,goyah jugak iman aku dan kadang2 buat aku lalai sampai lupe nak solat..Terima kasih! Aku hargainya!

    C.E@-Thanks again for dropped your words here..lpas nia kau akan membina pagar tersebut..hehe thanks

    ReplyDelete