Thursday, January 8, 2009

LEGENDS NEVER DIE - DIED IN MYSTERY

Salam...

Hari ni mcm biase, memandangkan aku masih menantikan pekerjaan yang akan memanggil, aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah, yelah..kawan2 sume dengan aktiviti harian mereka, kelas, kerja dan sebagainye, aku je membuang masa di rumah ( risau gak kalau takde keje sampai blan 2 tahun ni). So..terperuk lah aku di dalam rumah sambil menonton 'kotak bodoh' di halaman ruang tamu rumah. Semua crite aku bantai! hagemaru,catdog,handy manny,,daripada cite katon sampai ke 'soap opera' drama!.

Tapi, ape yang menarik pemikiran aku hari ni, apabila aku tertukar cerita yang memaparkan kisah lama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, aku mesti terpaku dua bijik mate aku menatap skrin TV, walaupun aku dah tau serba serbi jalan cerita, watak, karekter, dialog cite tu..(siap bole ikut dialog lagi mase tgk...bole? ). Kesimpulannya, bukan aku seorang sahaja yang suke cite2 beliau, semua orang yang aku kenal tak pernah katakan 'TIDAK'.

Kita bole definisikan Allahyarham tan Sri P.Ramlee sebagai lagenda, sebab sampai hari ini, dan generasi masa kini terus menghargai hasil seni beliau..TAPI betul ke seseoarang lagenda itu akan dihargai bila dia sudah tiada ataupun mati? Seseorang lagenda akan digelar lagenda selepas kematiannya?

Lagenda sememangnya gelaran untuk orang yang sudah tiade, namun Lagenda sebenarnya tak pernah mati..Orang akan terus memuja,mengagungkan,dan menghargai hasil kerjanya sehingga bole dinikmati oleh beberape generasi..

LEGENDS NEVER DIE..Tapi kan? kematian legenda mesti menjadi misteri kan? kenape ye?


Paling byk2 legend yang mati aku suke seorang songwriter bername jeff bucklie,die mati sebab lemas...padehal die bekas swimmer england bertaraf olimpik, mmg misteri!

1 comment: