Tuesday, February 24, 2009

eddie is bohemian

Is this the real life
Is this just fantasy
Caught in a landslide
No escape from reality
Open your eyes
Look up to the skies and see
Im just a poor boy,i need no sympathy-
Because Im easy come,easy go,
A little high,little low,
Anyway the wind blows,doesnt really matter to me,


Mama,just killed a man,
Put a gun against his head,
Pulled my trigger,now hes dead,
Mama,life had just begun,
But now Ive gone and thrown it all away-
Mama
Didnt mean to make you cry
If Im not back again this time tomorrow
Carry on,carry on,as if nothing really matters

Too late,my time has come,
Sends shivers down my spine
Bodys aching all the time,
Goodbye everybody-Ive got to go
Gotta leave you all behind and face the truth
Mama (any way the wind blows)
I dont want to die,
I sometimes wish Id never been born at all

I see a little silhouetto of a man,
Scaramouche,scaramouche will you do the fandango
Thunderbolt and lightning-very very frightening me-
Galileo,
Galileo
Galileo figaro-magnifico-
But Im just a poor boy and nobody loves me-
Hes just a poor boy from a poor family
Spare him his life from this monstrosity
Easy come easy go,will you let me go
Bismillah! no-,we will not let you go-let him go-
Bismillah! we will not let you go-let him go
Bismillah! we will not let you go-let me go
Will not let you go-let me go
Will not let you go let me go
No,no,no,no,no,no,no-
Mama mia,mama mia,mama mia let me go-
Beelzebub has a devil put aside for me,for me,for me-

So you think you can stone me and spit in my eye
So you think you can love me and leave me to die
Oh baby-cant do this to me baby
Just gotta get out-just gotta get right outta here

Nothing really matters,
Anyone can see,
Nothing really matters-,nothing really matters to me,

Saturday, January 24, 2009

JUNK OF THE HEART

Salam..

Dia lakukannya lagi sekali..

Curiga..
Resah..
Gelisah..
Tak Mengerti..
Tak Memahami..
Melampau..

Namun, dia masih lagi 'Monolog Hati'

Risau..
Rindu..
Kasih..
Sayang..
Cinta..
Belas Kasihan..

Mengapa? Tak cukup? Nak Macam Mana? Terlalu susah?

Ahhh! Buang masa semua ini! Kenangan Silam sahaje kekuatan kepercayaan...

GOODBYE BLUE SKY!

Thursday, January 8, 2009

LEGENDS NEVER DIE - DIED IN MYSTERY

Salam...

Hari ni mcm biase, memandangkan aku masih menantikan pekerjaan yang akan memanggil, aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah, yelah..kawan2 sume dengan aktiviti harian mereka, kelas, kerja dan sebagainye, aku je membuang masa di rumah ( risau gak kalau takde keje sampai blan 2 tahun ni). So..terperuk lah aku di dalam rumah sambil menonton 'kotak bodoh' di halaman ruang tamu rumah. Semua crite aku bantai! hagemaru,catdog,handy manny,,daripada cite katon sampai ke 'soap opera' drama!.

Tapi, ape yang menarik pemikiran aku hari ni, apabila aku tertukar cerita yang memaparkan kisah lama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, aku mesti terpaku dua bijik mate aku menatap skrin TV, walaupun aku dah tau serba serbi jalan cerita, watak, karekter, dialog cite tu..(siap bole ikut dialog lagi mase tgk...bole? ). Kesimpulannya, bukan aku seorang sahaja yang suke cite2 beliau, semua orang yang aku kenal tak pernah katakan 'TIDAK'.

Kita bole definisikan Allahyarham tan Sri P.Ramlee sebagai lagenda, sebab sampai hari ini, dan generasi masa kini terus menghargai hasil seni beliau..TAPI betul ke seseoarang lagenda itu akan dihargai bila dia sudah tiada ataupun mati? Seseorang lagenda akan digelar lagenda selepas kematiannya?

Lagenda sememangnya gelaran untuk orang yang sudah tiade, namun Lagenda sebenarnya tak pernah mati..Orang akan terus memuja,mengagungkan,dan menghargai hasil kerjanya sehingga bole dinikmati oleh beberape generasi..

LEGENDS NEVER DIE..Tapi kan? kematian legenda mesti menjadi misteri kan? kenape ye?


Paling byk2 legend yang mati aku suke seorang songwriter bername jeff bucklie,die mati sebab lemas...padehal die bekas swimmer england bertaraf olimpik, mmg misteri!

Wednesday, January 7, 2009

BASIKAL Oh BASIKAL (benci kesesakan lalu lintas)

salam...


Bicycle
I want to ride my bicycle

I want to ride my bicycle
I want to ride my bike
I want to ride it where I like

You say black I say white
You say bark I say bite
You say shark I say 'hey man'
Jaws was never my scene
And I don't like Star Wars
You say Rolls I say Royce
I don't believe in Peter Pan
Frankenstein or Superman
All I wanna do is


I want to ride my bicycle
I want to ride my bike

Bicycle races are coming your way
So forget all your duties oh yeah
Fat bottomed girls they'll be riding today
So look out for those beauties oh yeah
On your marks get set go
Bicycle race

Bicycle
I want to ride my bicycle
Bicycle race

You say coke I say caine
You say John I say Wayne
Hot dog I say cool it man '1901'
I don't wanna be the Prime Minister of Malaysia
You say smile I say cheese
Cartier I say please
Income tax I say 'alhamdulillah'
I wanna be a candidate for
Palestine or Alaska
Cause all I wanna do is

Bicycle bicycle bicycle
I want to ride my bicycle bicycle bicycle
I want to ride my bicycle
I want to ride my bike
I want to ride it where I like...


Tiba2 Azzubaidi ni nak berpuisi pulak! haha! aku bukan ape, cume,hari ni aku cuma rase enjoy gile naik basikal setelah beberape tahun aku dah tak rase kayuhan basikal. Tak jauh pun, hanye daripada umah aku sampai kedai runcit kat depan je..hehe.

Kalau cakap pasal basikal ni, the first thing will pop up in my mind is China. Rakyat China lebih suka naik basikal daripada kenderaan lain, yelah..handy manny,senang,tak gune minyak(minyak pun mahal),nak parking pon senang,kalau hilang beli baru! (ape ade masalah,bukan LEXUS pun).

Dan..aku cume pike kalau org kat klang ni mcm rakyat China..MESTI TAKKAN STUCK IN TRAFFIC BERJAM-JAM LAMENYE KAT JEMBATAN KLANG!! KALAU AKU MAIN GAME TETRIS DAH BOLEH SAMPAI LEVEL 9! SEKSA! SAKET! (bile la nak siap 'flyover' baru tuh)

Aku rindu zaman jadi budak BMX dulu...

Monday, January 5, 2009

AW SOEN GITT (ORANG CINA YANG PALING AKU SAYANG)

Salam...

Musim sekolah bermula lagi..

Bila aku hantar adek aku ke sekolah siang tadi,aku ternampak seorang pelajar kecil berbangsa cina, aku teringat akan seorang pelajar aku semase aku mengajar di sekolah menengah tahun lepas. Nama die Aw Soen Gitt, pelajar tingkatan 1 Zamrud(kelas yang terakhir daripada 6 kelas). Die seorang budak yang kecil badannye,seperti budak darjah 3 walaupun umurnye sudah mencecah 15thn skarang. Die tidak dapat berjalan seperti budak biase kerana bongkok di belakang badannye menjadi beban TETAPI die masih lagi mampu berlari dengan riang. Die tidak mempunyai raut wajah yang comel TETAPI die suke dan selalu tersenyum.

Aku adalah guru matapelajaran english untuk kelas die. Paham2 lah, kelas terakhir mmg aku kene ajar semua daripada basic! (I You We They,He She it). Maklumlah, keseluruhan pelajar kelas tu,sumenye berasal daripada kelas peralihan tahun sebelumnye, termasuklah Aw Soen Gitt. Memang cabaran bagi aku, kenakalan mereka,bising hiruk pikuk menjadi 'distortion' untuk aku mengajar. Aku agak bengang setiap kali mahu masuk mengajar ke kelas tu, namun pabila teringatkan Aw Soen Gitt, aku jadi bersemangat! Sebab ape?

Die tidak bijak, kurang pula IQ nye, tetapi die tidak pernah membantah arahanku, bila aku bagi saje arahan, lekas die buat dengan senyuman..tidak seperti yang lain, sibuk aje dengan cerita-cerita DOTA,Maple,Initial D, Taiko naga dan sebagainye. Aku masih teringat, satu hari aku dicerap dengan kejutan oleh guru panitia, Peh! memang cuak la..preparation tak lengkap nak mengaja nih!,mampus aku! ajar je la topik 'preposition'. Aku ajar topik semalam..dan, Aw Soen Gitt lah yang byk membantu aku dengan bertanye begitu banyak soalan, die tiba2 berubah menjadi seperti pelajar pintar, memberi perhatian dgn sepenuhnye dan kerap kali mengangkat tangan untuk menjawab soalan walaupun jawapannye salah. Keganjilan terhadap diri die telah memeranjatkan semua orang dalam kelas tu,termasuklah aku. Tindakan die seperti mahu membantu aku sehinggakan pelajar yang lain turut serta fokus terhadap aku, hasilnye..aku digelar oleh guru panitia tersebut sebagai 'enthuthiasm teacher'.

Pada 26 September 2008, aku menjalankan rutin harian aku mcm biasa, aku ingat lagi hari tu hari rabu,hujan renyai2 dan kelas terakhir pada hari tu kelas english 1 Zamrud(Aw Soen Gitt). Aku masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa. Selepas 1 jam,loceng pun berbunyi..pelajar2 ape lagi.,tanpe menghiraukan aku,tanpa mengucapkan terima kasih, mereka berlari-lari blah mcm tu aje, aku dah biasa. Aku berkemas untuk keluar dari kelas, tiba2 Aw Soen Gitt muncul depan aku..

Aku : Nape awak tak balik lagi?
Aw Soen Gitt : Saya tunggu awak la cikgu..
Aku : Why? ade ape2 nak saya tolong
Aw Soen Gitt : Takde (sambil menggelengkan tangannye)
Aku : Abes tu?
Aw Soen Gitt : HAPPY BIRTHDAY CIKGU (sambil menghulurkan rantai kunci naruto kepada aku)

Ya Allah! tersentuh hati aku! Die ingat hari jadi aku! aku bagitau sekali je, itupun 8 bulan yang lepas! aku ambil rantai kunci tu sambil mengucapkan terima kasih. Senyuman dia begitu riang sekali, itulah senyuman paling comel pernah aku lihat!

Aw Soen Gitt: Cikgu! saya beli hadiah tu di 7eleven
Aku : Betol Soen Gitt? pakai duit awak ke?
Aw Soen Gitt: Ye cikgu! duit kantin daddy saya bagi

Sambil memimpin tangannye ke pagar hadapan sekolah aku tak habis-habis mengucapkan terima kasih kat die. Aku menemani die sehingga bapak die datang menjemput die..Aku pun terus balik dengan hati yang sangat sedih..kenape aku bersedih? bukan ke aku patut gembira?

Kesedihan aku disebabkan, cerita yang pernah disampaikan oleh Penyelia Petang kepada aku bahawa ibu bapa Aw Soen Gitt memberitahu bahawa kemungkinan besar, Aw Soen Gitt akan hilang pendengaran sebanyak 50% daripada pendengarannye sekarang dan mungkin juga rangka tubuhnye tidak dapat menanggung organ dalaman yang makin membesar.

Ya Allah, kenape ianye berlaku kepada Aw Soen Gitt? Tidak pula kepada budak cina yang lain?
Kenapa malang sebegini menimpa budak yang sangat baik seperti die bukan berlaku terhadap budak nakal yang lain?

Aku sayang terhadap Aw Soen Gitt, aku pernah berdoa untuknya, aku pernah terfikir untuk lihat die membesar menjadi dewasa, Aw Soen Gitt telah mengajar aku satu nilai yang sangat penting untuk kehidupan...Terima Kasih Aw Soen Gitt

Tapi aku sangat terkilan, die tidak hadir pada hari terakhir aku di sekolah itu..

Aku akan doakan demi kesejahteraan die dan keluarganye..Amin

Sunday, January 4, 2009

MUZIK DALAM ISLAM..aku perlukan pendapat kamu semua.


Salam...

Hari ni aku lebih menghabiskan masa aku dengan bermain gitar, membuat penyusunan lagu hasil daripada idea dan garapan penulisan yang lahir secara semulajadi dari otak aku ini. Aku amat meminati muzik blues yang dibawa oleh seorang artis US 'John Mayer' kerana bagi aku die sungguh benar dan jujur ikhlas dalam semua lagu yang dihasilkan dan disampaikan olehnye. Aku menjadikan die sebagai 'benchmark' untuk aku cube untuk menulis lagu...

Aku bukanlah seorang pemuzik pro ataupun artis berlabel, tapi cukuplah untuk aku berpuas hati sendiri dan menjadikan ianye sebagai tema keceriaan dalam hidup aku ini. Walaupun hobi aku yang satu ini boleh dikatekan, banyak jugak la duit aku habis, tapi 'self satisfaction' dlm diri aku tak bole aku nak describe dalam bentuk kata..

Aku mmg TAK SETUJU dengan bapak aku apabila die mengatakan bahawa muzik itu HARAM,
bagi die, muzik ini semuanye menuju ke arah kehancuran..
Aku pernah membace satu artikel yang berkata " Sedang Rasulullah S.A.W berjalan dengan isterinya Siti Aisyah, tibalah mereka di suatu tempat yang ramai manusia di situ, menyanyi dan bergendang dengan gembira, Lalu Siti Aisyah berkata dengan Rasulullah S.A.W bahawa die tidak nampak akan kumpulan manusia tersebut bergembira dengan muzik yang dibawa, Lalu Rasulullah S.A.W mengangkat Siti Aisyah dan meletakkan dia di bahu Rasulullah S.A.W"

Aku mmg tak dapat nak menilai kesahihan artikel tersebut, tetapi apa yang aku faham, penulis cuba mahu menyampaikan bahawa muzik adalah dibenarkan dalam Islam, cuma jgn MELAMPAU sehingga mengundang kemungkaran tuhan. Aku akan cuba mengawal 'passion' aku dalam Muzik. Aku juga mempunyai sebuah band rock metal yang agak keras lirikalnye dan vokal yang disampaikan cukup untuk membuat persepsi yang buruk terhadap aku dan band aku, NAMUN ape yang benar adalah kami hanye bermain muzik semate2, tidak menyentuh mane2 aspek yang boleh mengundang kepada kemungkaran..dan aku rase ianye tak salah,asalkan tidaklah terlalu taksub dan lupa agama yang dicintai..

Aku memerlukan pendapat bloggers dan sama2 kita berkongsi idea dan pendangan,
Kalau ade yang salah tolong tegur...aku sedia,

Saturday, January 3, 2009

Semangat Setiakawan


Salam..

Setiakawan ataupun 'friendship' adalah satu elemen penting dalam perhubungan persaudaraan sesama islam!
Aku suka mengamalkan konsep brotherhood dengan kawan2 aku..Walaupun kawan selalu datang dan pergi, tapi biarlah sekurang2 nye ianye dapat membuatkan aku tersenyum setiapkali aku mengingat kembali perkare2 yang telah dibuat bersame2. Aku sayang dengap konsep ini..

Brotherhood makes me stronger'
Brotherhood makes me better'

Thanks to all my friends...


P/S:Ellexanne telah mencapai umur 5 tahun,
semoga kite akan dapat capai impian kite bersame,Aku berase sangat seronok dengan Ellexanne hari ni!

Friday, January 2, 2009

Nama Aku....

Salam...

Pernahkah kite terpikir bahawa nama seseorang yang paling jarang disebut walhal nama itu sangat sinonim dalam diri kite..

Kadang2 dalam sehari pun kita tidak terpikir dan mempunyai perasaan untuk menyebut nama tersebut...

Kita lebih banyak menyebut nama orang yang kita sayang, contohnye nama awek,teman rapat ataupun keluarga...

bahawasanye nama yang dimaksudkan itu adalah nama kita sendiri

Harini aku hanya mahu mengatakan yang aku amat berbangga dan berbesar hati untuk menyebut nama aku..Nama aku adalah Ahmad Azzubaidi bin Abd Rani=bermaksud (kebolehanku)

Aku dapat rasekan bahawa nama aku ini adalah minimal di Malaysia

Thursday, January 1, 2009

AZAM? ANGAN? 2+2=5

Salam...

Satu hari yang bagus untuk memulakan azam baru, apa azam baru aku tahun ni??
manusia memang dikurniakn keinginan yang tidak pernah habis..cuma manusia diberikan akal fikiran dan perasaan untuk mengawal keinginan tersebut. Bagi lelaki yang bakal berusia 23 tahun, sudah tentu akan berkeinginan yang pelbagai, tidak kira untuk diri sendiri,kerjaya,kehidupan dan kepuasan hati.

Senang bagi manusia untuk berazam,berkeinginan tinggi dan berangan, tapi susah sebenarnye untuk memulakan langkah pertama dan melaksnakannye..bak kata pepatah 'hangat2 taik ayam' 'bila terkena kat tangan berbau busuk'. Semuanye boleh di capai dengan keyakinan,keazaman dan komitmen yang tinggi..tapi aku? mampu ke? bile nak mula? Semua negatif yang aku pikir..

Aku kene belajar cara nak fokus dan mengatasi pemikiran negatif ni, kalau biar berterusan mcm ni, aku tak akan dapat achieve ape2 tahun ni.....